Thursday 3 May 2012

ULASAN ARTIKEL


ARTIKEL 1

TAJUK


KEBERKESANAN PENGGUNAAN MODEL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DENGAN ICT DALAM PEMBELAJARAN TEKNOLOGI MAKLUMAT PELAJAR TINGKATAN EMPAT 

PENULIS : Mohamad Bin Ibrahim


ULASAN :

Penulis menerangkan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. ICT menggantikan  guru iaitu guru bukan pengajar tetapi sebagai fasilitator. Penulis menjelaskan bahawa  penggunaan ICT dalam pendidikan adalah selaras dengan dasar Pembangunan Negara oleh itu Kementerian Pelajaran Malaysia haruslah menyediakan segala kemudahan dan peralatan ICT yang sentiasa berubah mengikut peredaran masa secara global. Persediaan dari segi latihan dan kemahiran guru untuk mengaplikasikan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran perlu dimantapkan sepanjang masa. Sikap guru-guru perlulah diubah untuk menerima perubahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan pendidikan abad ke-21 . Kejayaan penggunaan ICT di dalam pendidikan bergantung kepada keupayaan kerajaan menyediakan segala prasarana dan peralatan ICT di seluruh pelusuk bandar dan juga kawasan luar bandar supaya kemudahan internet dapat diekses dengan mudah. 



KRITIKAN

Dalam jurnal ini penulis membincangkan isu ICT dalam pendidikan dalam konteks pelaksanaan di SM Teknik Dan Vokasional, sikap guru, cabaran dan halangan dengan bersandarkan hasil kajian orang lain. Hujah-hujah dalam perbincangan adalah pendapat pengkaji lain berdasarkan bahan rujukan yang disenaraikan. Tiada teori yang digunakan untuk perbandingan dari segi amalan dalam pendidikan. Kajian yang dilaporkan oleh penulis mempunyai kelemahan yang boleh dibaikki. Penulis dan rakan sepatutnya menyediakan instrument supaya dapat mengumpul data-data hasil kajian yang boleh dijadikan sebagai bahan bukti. Dalam kajian ini penulis tidak menyatakan bilangan SM Teknik dan Vokasional yang dijadikan lapangan untuk kajian, tidak dinyatakan juga bilangan responden yang terlibat. Kajian ini berbentuk kualitatif dan penulisan secara naratif tidak spesifik dari segi kutipan.


SUMBER JURNAL





ARTIKEL 2


TAJUK

PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK 
DI KALANGAN GURU-GURU PELATIH UTM


PENULIS : Noor Mazlan Ahmad Zanzali & Noraziah binti Kassim@Aziz


ULASAN :

Kajian ini adalah berkaitan dengan penggunaan Information Communication Technology (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) Matematik di kalangan guru pelatih Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Dalam kajian ini, terdapat tiga aspek telah dikaji bagi menjawab persoalan kajian.  Persoalan kajian adalah kelebihan menggunakan ICT dalam PdP Matematik. Persoalan kedua kajian adalah kelemahan penggunaan ICT dalam PdP Matematik. Persoalan kajian yang ketiga adalah masalah-masalah yang dihadapi oleh guru pelatih UTM dalam menggunakan ICT dalam PdP Matematik.


KRITIKAN :

Pada pendapat saya, kelebihan menggunakan ICT dalam PdP Matematik adalah lebih banyak jika dibandingkan dengan kelemahannya. Sesungguhnya, guru-guru boleh memanfaatkan kemudahan ICT yang disediakan oleh kerajaan dalam sekolah. Sebagai contoh, guru-guru boleh menggunakan perisian komputer dalam didik hibur Matematik atau penghafalan sifir. Kekangan yang dihadapi dalam penggunaan ICT diharapkan dapat diatasi dengan segera. Dengan demikian, barulah sistem pendidikan negara kita dapat diperkasakan.

SUMBER JURNAL






ARTIKEL 3


TAJUK:

ICT AS A LEARNING TOOL TO ASSIST TEACHING ICT IN PRIMARY SCHOOLS

PENULIS : Ruba Abu Hassana.


ULASAN :

Artikel ini adalah berkaitan dengan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah. Hasil daripada kajian ini, yakin semi-struktur temubual dengan guru-guru dan penyelaras ICT, di samping pemerhatian di dalam bilik darjah mendapati kaedah pengajaran menggunakan ICT di sepuluh buah sekolah rendah di Coventry semasa musim seluruh tahun 2005 menunjukkan kesan positif. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dapat membantu meningkatkan minat dan pencapaian murid. Dalam pada itu, guru-guru boleh menggunakan perisian komputer dan kemudah ICT, khususnya Internet dalam pengajaran interaktif. 


KRITIKAN:

Pengajaran dan pembelajaran yang berteraskan ICT dapat membantu meningkatkan kualiti pembelajaran murid. Walaubagaimanapun, artikel ini juga menyatakan terdapat beberapa halangan utama yang membantutkan proses pengajaran menggunakan ICT yakin tiada sokongan dan pengajaran bertumpu kepada teknik tradisional, tiada prasarana interaktif multimedia, guru tidak yakin, serta had pengetahuan dan pengalaman guru dalam bidang ICT. Pada pandangan saya, Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) boleh dijalankan untuk memastikan guru-guru celik ICT. Akhir sekali, penggunaan ICT amat penting untuk membantu guru dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik.



SUMBER JURNAL






ARTIKEL 4


TAJUK

APLIKASI E-LEARNING DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA : ISU DAN CADANGAN PELAKSANAANNYA


ULASAN:

Artikel ini adalah berkaitan dengan aplikasi e-learning. Pengkaji membincangkan kepentingannya dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru dan pelajar. Menurut artikel ini, pendidikan di Malaysia sudah mula mengamalkan pengajaran dan pembelajaran e-learning yakni Virtual Learning Enviroment (VLE). Di mana ia membantu guru agar proses PdP menjadi lebih menarik. Di samping itu, e-learning juga mampu meningkatkan proses pemahaman pelajar terhadap sesuatu topik. Pengkaji  menyatakan adalah amat penting bagi e-Learning dalam mendedahkan pelajar dan guru dengan kemahiran teknologi maklumat yang amat diperlukan dalam zaman moden ini. Memang tidak dapat dinafikan bahawa ICT amat diperlukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.


KRITIKAN


Terdapat banyak faktor lain yang perlu dilihat, terutamanya dari segi kos dan juga faktor geografi. Kebanyakkan kawasan terutamanya di kawasan pedalaman masih belum mempunyai perkhidmatan internet yang mantap. Lazimnya, kerajaan telah memperuntukkan banyak kos dalam menyediakan fasiliti ICT di sekolah. Diharapkan para guru boleh memanfaatkan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan agar meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Segala kekangan harus kita harungi untuk mencapai pencapaian yang paling maksimum agar dapat mencapai kedudukan yang setanding dengan negara lain dalam TIMSS dan PISA.


SUMBER JURNAL